Kisah Kami   Pemodenan

Memulihkan 12 Meridian
Dalam Satu Kapsul

Konsep awal Meiziya adalah untuk mengikut amalan yang diwarisi . Namun, Teh Choon Wai mencabar dirinya untuk memperbaharui konsep ini. Selari dengan teknologi masa kini, Terapi 12 Meridian Meiziya dicipta berlandaskan 4 fasa iaitu: menapis, membersihkan, melaraskan dan mencergaskan untuk memenuhi keperluan kesihatan asas.

Teh mendapati ramai orang secara amnya menghadapi halangan gastrousus dan peningkatan virus. Walaupun banyak suplemen yang telah diambil namun tiada fungsi untuk menyerap nutrient.
Jadi penting untuk menyesuaikan 12 Meridian dalam urutan penapisan, pembersihkan, pelarasan dan pencergasan untuk menjadikan badan yang lemah menjadi cergas.

Penapisan

Pembersihan

Pelarasan

Pencergasan

Klik pada ikon di atas untuk maklumat lanjut

12 Meridian adalah sistem peredaran darah yang terdiri daripada struktur tubuh manusia yang mencampurkan elemen Yin dan Yang Meridian dari tangan hingga ke kaki. Organ dalaman kita atau lebih dikenali sebagai Five Viscera & Six Bowels.

Five Viscera (五臟 wǔ zàng) adalah jantung, hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Six Bowels (六腑 liù fǔ) adalah pundi hempedu, perut, usus kecil, usus besar, pundi kencing, ‘Triple Burner’ (三焦 sān jiāo), dan perikardium.

Perubatan Tradisional Cina.
Produk Moden

Berdasarkan intipati perubatan tradisional Cina, Teh Choon Wai menggunakan konsep farmaseutikal moden dan kaedah pengurusan yang lebih maju untuk menaik taraf dan mengubah herba tradisional Cina untuk menghasilkan herba tradisional secara saintifik dengan menggunakan proses dan teknologi pengeluaran yang moden, ciptaan berdasarkan warisan, menyambut kelahiran suplemen Cina, Meiziya.

Daripada sekadar adunan dan kisar, Meiziya menggunakan teknologi untuk mengekstrak pati herba dan menjadikannya kepada satu kapsul, memberikan kesan yang terbaik buat pengguna. Setiap kapsul diperbuat hanya daripada bahan yang asli, diuji oleh pihak berkuasa farmaseutikal Malaysia (NPRA) tanpa sebarang kesan sampingan, dijamin selamat, disahkan Halal dan adalah 100% daripada tumbuhan. Sesiapa sahaja boleh mengambilnya.

Teh Choon Wai, Co-founder