Kisah Kami   Pengasas Kami

Pasukan Elite Disebalik Meiziya

Peminat kesihatan Professor Dr. Teoh, Dr. Teh, dan Andy telah melaburkan berjuta untuk mengubah kaedah 12 meridian menjadi kapsul moden. Pada mulanya, produk itu hanya diberikan kepada rakan-rakan dan mereka yang memerlukan. Beliau mendapat hasil yang luar biasa daripada pengguna. Oleh itu, matlamatnya adalah untuk berkongsi kepada mereka yang mengalami masalah yang sama.

Pengasas, Meiziya

Andy Goh

Pengasas OldTown White Coffee
Pengasas Ipoh Nam Heong
Pengasas Mecan

Goh Ching Mun atau lebih dikenali sebagai Andy Goh adalah pengasas bagi OldTown White Coffee, nama yang besar di Malaysia, memulakan kafe rangkaian setempat yang memberikan nafas baharu dalam sejarah kedai kopi. Nam Heong Ipoh, masih kekal di bawah kepimpinannya, adalah restoran pertama di Malaysia yang menggunakan robot untuk menghidangkan makanan. Sejak itu, ia telah menyuntik idea baharu dalam industri restoran tradsional. Menggelar dirinya sebagai “budak kopitiam”, Andy telah mula membancuh kopi di kedai atuknya sejak beliau berumur 7 tahun sehingga dia telah menjadi peneraju di dalam industri.

Namun minat terbesar beliau bukanlah kopi mahupun teh, malah ianya adalah ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan. Pada tahun 2022, beliau telah merealisasikan idea ini dengan menyelidik dan melancarkan Terapi 12 Meridian yang pertama di dunia. Andy dilahirkan dalam keadaan fizikal yang lemah. Walaupun tidak mempunyai sebarang penyakit serius, namun tenaga beliau tidak seperti kanak-kanak sebayanya. Akhirnya, dia mencari pengamal perubatan Cina yang terbaik dengan harapan untuk menjadi badannya lebih kuat, namun fizikalnya tetap masih tidak bertambah baik. Setelah usianya meningkat, dia terpaksa berhadapan dengan lebih banyak gejala, tetapi itu tidak menghalang dirinya untuk mempelajari tentang perubatan dan penjagaan kesihatan.

Sewaktu pandemik melanda dunia pada tahun 2020, kerajaan Malaysia telah melaksanakan perintah berkurung. Ramai orang yang hidup dalam risiko virus dan kebimbangan mental. Andy telah membelanjakan berjuta ringgit untuk menghasilkan terapi 12 meridian dan mengedarkannya kepada saudara mara, rakan dan mereka yang memerlukan. Beliau telah mendapat hasil yang luar biasa dari segi pembangkitan kesihatan mereka. Hasil yang paling menakjubkan ialah bapanya sendiri yang berusia 80-an dan ibunya yang berusia 70-an telah memulihkan sakit tua mereka yang telah di alami dalam tempoh masa yang lama.

Memandangkan maklum balas yang baik diterima oleh para pengguna, dia sedar bahawa produk yang bagus seperti itu seharusnya dikongsikan kepada lebih ramai orang dan beliau akhirnya memutuskan untuk menubuhkan meiziya untuk mengedarkan produk itu dalam struktur pemasaran rangkaian, kerana kaedah 12 meridian memerlukan kursus dan pengkhidmatan pengedar yang boleh diikuti oleh penggunanya.

Terapi 12 Meridian bukan sahaja merupakan inisiatif arena penjagaan kesihatan TCM tetapi juga penyelesaian yang lengkap untuk kesihatan menyeluruh. Ia adalah sebab yang baik untuk membantu orang lain dan membantu diri kita sendiri. Kami mengalukan penyertaan orang ramai.

Pengasas Bersama, Meiziya

Dr. Teh Choon Wai

Persatuan Perubatan Traditional dan Komplimentari Akupuntur Global (GARS) – Presiden Persatuan Malaysia
Kelayakan Profesional Perubatan Tradisional Cina dan Akupunktur pada tahun 2004
21 tahun pengalaman dalam pengeluaran produk kesihatan dan perubatan tradisional Cina
Membangunkan lebih daripada 300 produk yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr. Teh memperolehi sijil profesional dalam perubatan tradisional Cina dan akupuntur pada tahun 2004, beliau mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam pembuatan produk kesihatan dan perubatan tradisional Cina. Beliau mempunyai rekod yang cemerlang dalam membangunkan lebih 300 produk yang telah disemak dan diluluskan oleh kementerian dan Kesihatan Malaysia. Beliau adalah seseorang yang setia kepada ubatan secara tradisional dan telah menubuhkan syarikat, antaranya;

Land Herbs Pte Ltd: rakan kongsi bagi perniagaan yang mempunyai lebih daripada 800 klinik perubatan Cina dan farmasi;

Nutrifood International Pte Ltd: Kilang suplemen makanan yang memegang HACCP, GMP makanan dan pensijilan keselamatan dan pengilangan lain yang baik, dan produknya juga disahkan halal. HB Herbalist Pte Ltd: Menyediakan pembangunan produk dan perkhidmatan perolehan bahan untuk peniaga OEM.

Wan Yeen Trading Sdn Bhd: Pengeluar ubatan tradisional Cina dengan pensijilan Pengilangan GMP yang baik, semua produk telah disemak dan diluluskan oleh Kementerian kesihatan Malaysia, dan juga telah mendapat sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM (Agensi Kemajuan Islam Malaysia).

Akhirnya, Meiziya pada tahun 2021. Memainkan peranan penting dalam mempromosikan terapi 12 meridian pertama di Malaysia.

Ketua Penasihat Meiziya

Prof. Dr. Teoh Boon Khai

Pakar Akupunktur Antarabangsa
Doktor Perubatan Cina dan Barat
Pengarah Klinik Bersama TCM, Hospital Tai Malaysia
Ketua Profesor Perubatan Tradisional, Southwestern University
Profesor Pelawat, Institut Perubatan Integratif, Universiti Perubatan Tradisional Cina Dalian, China
Perunding Universiti Perubatan China di Malaysia
Wakil Pemerhati WHO Western Pacific Conference WFAS/TCM/NGO Conference
Pemerhati untuk Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva
Badan Pemikir Pusat Pembangunan Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri, Malaysia
Ketua Pakar Perubatan, Jabatan Perubatan Tradisional, Hospital Kerajaan Sultan Ismail, Johor Bahru, Kementerian Kesihatan, Malaysia
Pakar Akupunktur WFAS
Pakar Penyelidikan, Institut Perubatan Asli Integratif, Malaysia

Profesor Teoh Boon Khai siswazah dari Universiti Perubatan Taiwan China dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dalam Perubatan Cina Tradisional dan Barat, seterusnya memperoleh Doktor Fisiologi dan Perubatan dari Universiti St. Paul dan Doktor Perubatan Tradisional dari Universiti Southwestern. Dari 1988 hingga 2012, beliau bekerja dalam persekitaran perubatan barat, ortopedik dan penyembuhan dalaman di Taiwan, dan dari 2012 hingga 2015, beliau kembali ke negara asalnya, Malaysia, sebagai Ketua Perubatan Jabatan Perubatan Tradisional Cina, Onkologi Herba di Hospital Kerajaan Sultan Ismail, Johor Bahru dan kini juga di Hospital Tai Malaysia. Beliau juga merupakan Dekan Klinik Bersama Perubatan Tradisional, Ketua Profesor Perubatan Tradisional di Southwestern University, dan Profesor Kaunselor di Institut Perubatan Integratif, Dalian University of Traditional Chinese Medicine, China.

Beliau juga terlibat dengan Perhimpunan Kesihatan Sedunia WHO sebaai pemerhati dan badan pemikir Pusat Pembangunan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau kini jugga mengambil peranan sebagai Ketua Penasihat Perubatan di Meiziya,beliau telah mengetuai pasukan elit lebih daripada 40 doktor profesional yang lulus dari jabatan perubatan tradisional Cina di universiti di Malaysia, Amerika Syarikat, China dan Taiwan yang mengambil bahagian dalam pengesahan bersama. 12 produk moden meridian Meiziya.

Terapi 12 Meridian Meiziya adalah yang pertama dalam bidang penjagaan kesihatan dan perubatan Cina, ia juga merupakan terapi bagi mereka yang inginkan kesihatan yang menyeluruh..

Andy Goh, Pengasas